Pengedar & Pemborong Produk Sunnah untuk amalan seharian langkah pencegahan & merawat penyakit Moden, seperti Kencing Manis, Jantung, Gout, Buasir, Buah Pinggang, Batu Karang, SLE dan sebagainya - 0139299944
TERIMAKASIH KEPADA PENGUNJUNG 
Kedai Online dSUNNAH RUSILA. 
KAMI HARGAI KENJUNGAN MUSLIMIN MUSLIMAT
ADD WHATSAAP AMBE: 0139299944 ATAU FB : dSunnah Rusila 

Berpindah Url: http://drsunnah.com

Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?

Hadis Abu Hurairah r.a:  Dari Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?  Sahih Muslim : 4157

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab persoalan sdr fhm dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Menurut Dr Abdul Fatah Idris bahawa semut merupakan salah satu umat dari kalangan umat yang besar, dan Allah swt telah menyebut dan memuliakan namanya didalam Al-Quran. Allah swt telah jelaskannya mengenai bahasa semut yang difahami oleh Nabi Sulaiman as. Bagi menjelaskan hadith diatas, kami ingin memetik jawapan dari arkib al-ahkam yang telah dijawab oleh Al-Fadhil ustaz ziy@d.

“…berkatalah seekor semut: Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari. Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu dan berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai…” (Surah an-naml: ayat 18-19)

Dari Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya pernah seekor semut menggigit salah seorang Nabi lalu Nabi tersebut menyuruh supaya membakar sarang semut tersebut, tetapi Allah menurunkan wahyu kepadanya: Apakah hanya gara-gara seekor semut menggigitmu lantas kamu akan binasakan satu umat yang selalu membaca tasbih?" (Hadith Riwayat Muslim)

Dari Abu Hurairah R.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: " Ketika salah seorang para nabi duduk berehat di bawah pokok, seekor semut telah menggigit beliau. Kemudian dia memerintahkan bungkusannya dipindahkan dari bawah pokok tersebut dan memerintahkan sarang semut itu dibakar. Lalu ALlah menurunkan wahyu: 'Adakah mencukupi dgn membakar hanya kerana seekor semut yg mengigitmu'?" (Hadith Riwayat Bukhari)

Dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Rasulullah S.A.W melarang membunuh 4 binatang yakni semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah (Hadith Riwayat Abu Daud dgn rangkaian perawi yg tsiqah)
Tarjih: 
Dari dalil hadith2 ini, para fuqaha mengeluarkan bbrp hukum. Ulama mengklasifikasikan bahawa semut yg dimaksudkan itu ialah semut yang besar spt semut2 yg disebut oleh Nabi Sulaiman A.S. Semut yg besar dilarang dibunuh tanpa ada alasan yg munasabah. Manakala semut yg kecil diharuskan bunuh. Fuqaha maliki memakruhkan perbuatan membunuh semut dgn alasan yg tidak munasabah. Ini diasaskan kpd kaedah fiqh “semua yang menimbulkan bahaya (madharrat) harus dihilangkan”. Sekiranya semut itu membahayakan/memudaratkan kesihatan, diharuskan ia dibunuh.

Wallahua'alam.

sumber : http://www.al-ahkam.com.my/forum2/viewtopic.php?t=18361

Disini kami cuba menyimpulkan pendapat beberapa Mazhab mengenai perkara diatas berdasarkan perbincangan bab ini didalam Ensaiklopedia Fiqh Kuwait :-

"Syara' memakruhkan (membenci) membunuh beberapa jenis serangga/binatang, seperti katak. Telah di riwayatkan oleh Abdul Rahman bin Uthman, katanya :

"Tabib telah menyatakan kepada Rasulullah saw mengenai ubatnya, beliau menyebut bahawa ia diperbuat daripada katak, maka Rasulullah saw melarang membunuh katak" .
Dimakruhkan (dibenci) juga membunuh semut dan lebah, sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas ra. :-

"Dari Ibnu Abbas R.A, bahawa Rasulullah S.A.W melarang membunuh 4 binatang yakni semut, lebah, burung hud-hud dan burung Surrah"
Ulama mengecualikan semut jika ia membahayakan, maka didalam keadaan ini dibenarkan membunuhnya. Berikut adalah pandangan 4 Mazhab mengenainya.

1. Mazhab Maliki : dibenarkan membunuh semut dengan 2 syarat : (1) Ia mencederakan, (2) Ia tidak mungkin akan meninggalkan tempat tersebut, kerama ia tidak disukai kerana mengakibatkan kerugian badan ataupun harta.

2. Mazhab Hanafi dan Maliki membenarkan membunuh serangga, tetapi Maliki meletakkan syarat hanya dibenarkan membunuh serangga yang merbahaya dengan cara ubat serangga dan tidak disalah gunakan, atau ditangguhkan melainkan 5 perosak yang dibenarkan membunuhnya samada didalam keadaan Ihram atau tidak (lihat hadith dibawah mengenai 5 perosak itu.).

3. Mazhab Syafie membahagikan serangga kepada 3 bahagian :

a. Yang pasti merbahaya, seperti 5 perosak sebagaimana hadith A'isyah :-

"Rasulullah saw memerintahkan (dibenarkan) membunuh 5 perosak : tikus, kala-jengking, gagak, helang dan anjing gila"
Termasuklah mana-mana serangga yang merbahaya.

b. Apa yang munafaat dan memudharatkan, maka tidak baik membunuh dan tidak dibenci.

c. Tidak zahir darinya perkara yg bermunafaat dan tidak merosakkan seperti kumbang dsb, adalah makruh dibunuh. Adalah haram membunuh semut Al-Sulaiman, lebah dan katak. Selain dari semut Nabi Sulaiman, semut kecil dibenarkan dibunuh, tetapi bukan dengan cara membakarnya.

4. Mazhab Hanbali berpendapat bahawa adalah dibenarkan membunuh serangga yang membahayakan selain dari 5 perosak. Membunuh serangga yang bahaya adalah mustahab, seperti kala-jengking, tikus, kumbang, lalat, nyamuk. Bagi serangga yg tidak merbahayakan seperti cacing, jawabnya mungkin dibenarkan, atau markuh ataupun haram. Adalah makruh (di benci) membunuh semut melainkan yang membahayakan, seperti anai-anai."
----------

Elok juga kita melihat pandangan ulama aliran salaf kontemporer, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh. :-

"Jika serangga tersebut membahayakan, ia boleh dibunuh dengan menggunakan racun serangga, tetapi bukanlah dengan api. Rasulullah saw bersabda : 'Lima serangga perosak boleh dibunuh samada didalam ihram atau tidak, : tikus, kala-jengking, gagak, helang dan anjing gila.' [Hadith riwayat Muslim no: 2071]. Didalam riwayat lain menambah yg keenam iaitu ular. Rasulullah saw menjelaskan kepada kita bahawa serangga ini merbahaya, dan ia bukanlah sebagaimana binatang/serangga yang lain yang tidak membahayakan, maka Nabi saw menyuruh kita membunuhnya samada didalam Ihram atau tidak. Bagi serangga yang lain seperti kumbang atau lipas, yang boleh membahayakan, boleh juga di bunuh dengan menggunakan racun serangga, dan bukanlah dengan api" - [Fatawa Islaamiyaah, ms451].
Dr Abdul Fatah Idris pula mengatakan bahawa :

"Dan membunuh semut menyediakan seseorang kepada perkara yang haram! Kerana sesungguhnya ia tidak merosakkan, melainkan jika ia mendedahkan kepada keburukan, maka sesungguh ia mempertahankan dirinya didalam pengurusan hariannya sama seperti serangga dan juga binatang yang lain.
Dan jika semut tersebut merosakkan bangunan, atau laman, atau perabot, contohnya yang dilakukan oleh anai-anai, maka ia hendaklah di hapuskan dan dibuangkan dari tempat yang dijumpainya! Kerana sesungguhnya dihalalkan keatas hamba dari perkara yang mengancam tanam-tanaman, perabot dan bangunan. Dan semua ini perkara yang membahayakan yang telah diharamkan oleh Nabi saw, dimana baginda bersabda : 'Tidak mudharat dan tidak memudaratkan'." - [sumber : Fatwa IOL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=29779].
----------

Dari rumusan fatwa-fatwa ulama diatas, dapatlah kita simpulkan :-

(a) Binatang atau serangga tidak boleh dibunuh dengan sewenang-wenangnya, melainkan ia merupakan binatang atau serangga yang membahayakan, baik jasad seseorang atau pun harta bendanya.

(b) Semut Al-Sulaiman (semut besar) dilarang sama sekali dibunuh, akan tetapi semut-semut kecil yang selalu mengganggu kawasan rumah boleh dibunuh.

(c) Membunuh semut dibolehkan dengan menggunakan racun serangga dan bukan membakarnya, sebagaimana yang disebut oleh Al-Hafiz Imam Nawawi didalam memberi komentar keatas atas Hadith Imam Muslim diatas bahawa hanya Allah yang boleh mengazab dengan menggunakan api. WA.

wassalam


RANGKAIAN PRODUK : 
TONE EXCEL, PRODUK HPA, PENAWAR BUASIR, ALKALINE JUICE, DELIMA ORGANIK
Tel / WhatSaap : 019910 5222 / 0139299944 / 0172711004
email : kelatedaily@gmail.com  / pages :  http://fb.com/drusilastore

0 comments:

Post a Comment


 
2011 dSunnah Rusila | Blogger Templates for Over 50 Chat Sponsors: Short People Club, Michigan Mechanical Engineer Jobs, California Dietitian Jobs